Biz Merchant Wallet. Receive instant settlement when a customer makes payment. Langkau ke kandungan utama

Tiada Lagi Menunggu! Terima Wang Tunai Segera apabila Pelanggan anda Bayar.

Lakukan Lebih Banyak Dengan Wallet Peniaga Biz

Mengapa perlu menunggu apabila anda boleh menerima wang segera setiap kali pelanggan membuat pembayaran? Gunakan wang tersebut untuk membayar pembekal dan bil utiliti anda dengan hanya satu klik sahaja! Semua ini dan banyak lagi hanya dengan Wallet Peniaga Boost Biz yang baharu.

Skrol untuk tahu lebih lanjut!

Manfaat Utama

Wang Tunai Segera

Terima wang segera ke dalam Biz Merchant Wallet anda apabila pelanggan melakukan pembayaran.

Imbas & Bayar Segera

Imbas dan bayar pembekal atau peniaga melalui Boost DuitNow QR

Pembayaran Bil Segera

Bayar bil utiliti dan tetapkan pembayaran bil berulang, semua di hujung jari!

Mudah untuk menetapkan Wallet Peniaga Biz!

Ikuti lima langkah mudah ini untuk tingkatkan perniagaan anda!

Tahu Lebih Banyak

Wallet Peniaga Boost Biz membenarkan peniaga untuk menerima bayaran segera dan membuat bayaran daripada aplikasi Boost Biz.

Dengan Wallet Peniaga, anda boleh memanfaatkan wang yang anda terima daripada perniagaan dengan segera tanpa perlu menunggu untuk T + 1 hari ke dalam akaun bank anda. Untuk memudahkan proses perniagaan, anda turut boleh membayar bil utiliti dan bil air atau pembelian untuk perniagaan, semuanya hanya melalui aplikasi Boost Biz.

Daftar sebagai peniaga Boost Biz di sini. Apabila permohonan anda sebagai peniaga Boost Biz diluluskan, anda dapat menikmati kemudahan Wallet Peniaga selepas menerima syarat dan terma yang telah ditetapkan. Bagi peniaga sedia ada, sila kemaskini aplikasi Boost Biz kepada versi yang terkini dan terima semua syarat dan terma yang telah ditetapkan untuk mengaktifkan Wallet Peniaga.

Pergi ke Wallet/Uruskan Wallet > Keluarkan Wang Tunai. Masukkan jumlah yang ingin anda keluarkan. Selepas pengesahan, jumlah yang anda keluarkan akan terpapar pada settlement akaun bank anda pada hari bekerja seterusnya.

Pada aplikasi/laman portal Boost Biz, terdapat kad menunjukkan "Jumlah amaun yang diterima hari ini" yang memaparkan semua jualan yang diterima pada Wallet Peniaga.

Ya, terdapat had-had wallet yang telah ditetapkan berdasarkan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia, seperti yang tertera dibawah:

Jenis Peniaga

Peniaga Individu

Peniaga Terus

Saiz Wallet/Had Wang Masuk

RM30,000

RM500,000

Had Transaksi Bulanan

RM60,000

RM500,000

Had Transaksi Tahunan

RM720,000

RM6,000,000

Sebarang transaksi yang diterima selepas melepasi had Wallet akan dimasukkan ke akaun bank peniaga, iaitu sama seperti proses sekarang T + 1 hari waktu bekerja seterusnya.