Bantuan eWallet 2023: RM200 e-Tunai Belia Rahmah untuk Belia Langkau ke kandungan utama
eBeliaRahmah 2023

Tentang eBeliaRahmah 2023

Para Belia negara, peluang untuk tuntut insentif eBeliaRahmah RM200 telah tiba! Nak shopping, beli barangan harian atau phone baru? Semuanya boleh!

Tuntut dengan Boost dan nikmati Ganjaran Tambahan PERCUMA bernilai lebih daripada RM200.

Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan bagi mengalakkan transaksi secara tanpa tunai melalui e-Dompet.

Rakan Niaga Kami

Claim cepat, boleh save sampai RM600! Dapatkan ganjaran EXTRA PERCUMA daripada rakan niaga kami dengan tuntutan eBeliaRahmah anda

Ganjaran dengan Boost

Nikmati Ganjaran Tambahan daripada rakan niaga kami. Tertakluk terma dan syarat

Travel

Agoda RM5

Min Spend RM100. Online.

Electronic & Gadgets

Mobile2Go RM200

Min Spend RM1,000. Online.

Electronic & Gadgets

Switch RM50

Min Spend RM1,000. Online.

Electronic & Gadgets

Urban Republic RM50

Min Spend RM1,000. Online.

Retail

Universal Motorcycle RM100

Min Spend RM200. Online.

ENTERTAINMENT

VIU RM29.90

NO Min Spend, Online

Food & Beverage

Gongcha RM5

Min Spend RM15. Offline.

Food & Beverage

Inside Scoop RM5

Min Spend RM25. Offline.

Food & Beverage

Japan Boat Takoyaki RM3

Min Spend RM20. Offline.

Grocery

Mydin RM5

Min Spend RM50. Offline.

Retail

MR DIY RM2

Min Spend RM40. Offline.

Retail

MR Toy RM2

Min Spend RM40. Offline.

Retail

MR Dollar RM2

Min Spend RM40. Offline.

Health & Beauty

Watsons RM5

Min Spend RM50, Online and Offline

Adakah anda layak untuk menuntut Insentif eBeliaRahmah?

*Tertakluk Terma & Syarat

Warganegara Malaysia

Berumur antara 18-20 tahun pada 2023 (Lahir pada 2003 - 2005)

ATAU Pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023 di institusi pengajian tinggi berdaftar.

Tuntut eBeliaRahmah anda dengan Boost

Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk tuntut

Lebih banyak tawaran untuk para belia

Nikmati pelbagai lagi tawaran hebat untuk anda!

Know More

Frequently Asked Questions

  • Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.
  • Program ini bertujuan bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia.
  • Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
  • Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut: 

a. Warganegara Malaysia; dan 

b. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU 

c. Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023 di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.

Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di 2(c). 

Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2)

Pelajar baharu yang sudah berdaftar sebagai pelajar aktif sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 30 April 2023 adalah layak untuk menerima kredit eBeliaRahmah. 

Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2)

Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit eBeliaRahmah, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun. 

Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2)

  • Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.
  • Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
  • Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini ialah: 

a. Boost; 

b. Setel; dan 

c. Touch ‘n Go eWallet

Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat. 

Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. 

Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. 

Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Langkah 4: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar”.

Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya. 

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah.

Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e- dompet pilihan anda, KECUALI

a. pemindahan “peer-to-peer”; 

b. penebusan tunai; 

c. bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; 

d. bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; 

e. bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; 

f. pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; 

g. bayaran tempat letak kereta dan/atau tol; 

h. aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan 

i. transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Sekiranya anda memenuhi kelayakan eBeliaRahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.

Ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing berdasarkan polisi kempen yang ditawarkan. Sila rujuk maklumat kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut.

  • Data kewarganegaraan, umur dan status pelajar yang berkaitan akan disahkan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan senarai data daripada Kementerian Pengawal. Data peribadi tersebut tidak akan dikongsi dengan penyedia perkhidmatan e-dompet.
  • Sebarang masalah privasi data yang berkaitan dengan e-dompet tertakluk kepada peruntukan undang-undang dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA)

Tidak. Oleh itu, semua peruncit digalakkan menyertai platform e-dompet atau menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow agar penerima eBeliaRahmah boleh berbelanja kredit eBeliaRahmah mereka di kedai anda.

Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit RM200 eBeliaRahmah. Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk maklumat lanjut berkaitan sekiranya kelewatan tersebut sudah menjangkau 3 hari. Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya kad pengenalan, untuk verifikasi. 

Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet

a. Boost: https://support.myboost.com.my

b. Setel: https://help.setel.com/ 

c. Touch ‘n Go eWallet: https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my

Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan di halaman eBeliaRahmah dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Ya, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-dompet pilihan anda

Ya. Sebarang pertikaian boleh dikemukakan kepada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda, dan pihak penyedia perkhidmatan e-dompet akan membantu anda. 

Bagi permohonan yang gagal akibat pengenalan diri tidak sah, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan untuk verifikasi semasa proses pertikaian.

Inisiatif eBeliaRahmah adalah untuk kegunaan secara fizikal. 

Ini juga sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PMKS.

Pada masa yang sama, baucar, diskaun dan lain-lain yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet boleh digunakan dalam talian dan luar talian, tertakluk kepada syarat penyedia e-dompet yang berkenaan.

Kaedah piawaian penggunaan kod QR saling boleh kendali Duitnow membolehkan rakyat Malaysia membuat pembayaran dan menerima dana daripada mana-mana Bank dan edompet yang berdaftar dengan hanya satu kod QR: https://www.duitnow.my/QR/index.html 

Sukacita dimaklumkan bahawa ketiga-tiga dompet di bawah inisiatif eBeliaRahmah adalah berdaftar dengan Duitnow. 

Oleh itu, jika peruncit pilihan anda tidak membawa kod QR e-dompet pilihan anda, anda masih boleh membuat pembayaran dengan menggunakan kod QR DuitNow.

Pihak kerajaan telah mengundang 10 penyedia perkhidmatan e-dompet utama (berdasarkan volum transaksi dan pengguna aktif) untuk bekerjasama dalam program ini dengan garis panduan serta terma dan syarat program yang telah ditentukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF). Ini termasuk kemampuan memenuhi syarat teknikal program, perkongsian kos serta insentif e-tunai tambahan yang akan ditawarkan untuk dipadankan dengan kredit eBeliaRahmah yang diberikan oleh Kerajaan. 

Setelah melalui proses perbincangan dan penilaian, 3 penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet telah memberi komitmen penyertaan dalam program ini. Ketiga-tiga syarikat e-dompet ini secara keseluruhan mempunyai lebih 10 juta pengguna dan mempunyai jaringan lebih 2 juta peniaga di dalam dan di luar talian. Jaringan yang kukuh dan luas ini membolehkan program ini dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara.